Journal of Awqaf, Zakat and Hajj (JAWHAR)
Penggunaan Aplikasi Chatbot dalam Merungkai Persoalan Haji dan Umrah
The Use of Chatbot Applications in Addressing Hajj And Umrah Issues: A Content Analysis

Author

Mohd. Ali Muhamad Don
Universiti Teknologi MARA Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Huefiros Efizi Husain
Universiti Teknologi MARA Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Cecep Soleh Kurniawan
Universiti Islam Sultan Syarif Ali, Brunei Darussalam

DOI : https://doi.org/10.65404/JAWHAR.401002

Keywords : Chatbot applications, Juridical questions, Hajj and Umrah

Kata kunci : Aplikasi Chatbot, Persoalan Hukum, Haji dan Umrah

Published Date : 2026, April

Issue : Volume 4, No. 1 (2026)

Abstract :  Advances in artificial intelligence (AI) have significantly impacted multiple sectors, including religious practice. In the context of Hajj and Umrah, complex juridical rulings (hukum hakam) frequently give rise to queries among pilgrims, particularly while perform hajj and umrah in the Holy Land. Typically, such questions are directed to the Pilgrimage Guidance Officers (PIHTAS) or posed via the e-TAIB application developed by Tabung Haji. However, some pilgrims opt for the convenience of chatbot applications, whose reliability may be questionable. This paper examines the potential of chatbot applications, their limitations, and the implications of their use in responding to juridical questions specifically related to Hajj and Umrah. The study employs a qualitative content-analysis methodology applied to three primary sources: (1) peer-reviewed scholarly articles and indexed journals on AI, chatbots, and Islamic jurisprudence; (2) documentation from the e-TAIB platform and official Tabung Haji guidelines; and (3) scholarly publications from authoritative Islamic institutions such as State Mufti Departments and the Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). A systematic analysis identified key themes concerning the effectiveness, limitations, and acceptance of AI technologies in the context of juridical rulings for pilgrimage. The findings carry important implications for stakeholders seeking to enhance understanding and competencies through the integration of AI as an informational support tool. In addition, developers of AI-based chatbot applications should incorporate content input from experienced ulamāʾ and PIHTAS. Pilgrims should also be made aware that chatbots and AI ought to function as preliminary support and quick-reference tools, while complex and sensitive juridical matters must still be referred to PIHTAS and qualified 1 scholars. Such an integrated approach can help ensure that juridical queries are correctly addressed, enabling the proper performance of Hajj and Umrah.

Perkembangan kecerdasan buatan (AI) telah memberi impak signifikan dalam pelbagai sektor, termasuk bidang keagamaan. Dalam konteks ibadah haji dan umrah, hukum hakam yang kompleks sering menimbulkan persoalan dalam kalangan jemaah, khususnya ketika berada di Tanah Suci. Kebiasaannya, persoalan tersebut diajukan terus kepada Guru Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS) atau melalui aplikasi e-TAIB yang dibangunkan oleh Tabung Haji. Namun, terdapat yang mengambil jalan mudah dengan bertanya di aplikasi chatbot dan boleh diragukan kesahihannya. Justeru, kertas kerja ini ingin membincangkan potensi penggunaan aplikasi chatbot, kelemahan serta implikasi penggunaannya dalam menjawab persoalan hukum hakam haji dan umrah secara khusus. Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap tiga sumber utama: (1) artikel ilmiah dan jurnal akademik berindeks bertemakan AI, chatbot, dan hukum Islam; (2) dokumentasi platform e-TAIB dan panduan rasmi Tabung Haji; dan (3) penerbitan ilmiah dari laman sesawang institusi Islam yang berautoriti seperti Jabatan Mufti Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan lain-lain. Analisis dilakukan secara sistematik untuk mengidentifikasi tema-tema utama berkaitan dengan keberkesanan, keterbatasan, dan penerimaan teknologi AI dalam konteks hukum hakam haji. Kajian ini membawa implikasi signifikan kepada pihak berkepentingan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran melalui integrasi teknologi AI sebagai alat sokongan maklumat. Selain itu , pembangun aplikasi chatbot berasaskan AI hendaklah mencipta kandungan dengan input daripada ulama dan PIHTAS yang berpengalaman. Para jemaah haji dan umrah juga perlu diterapkan kesedaran bahawa chatbot dan AI wajar berfungsi sebagai instrumen sokongan awal dan rujukan cepat, sementara isu-isu hukum yang kompleks dan sensitif tetap perlu dirujuk kepada PIHTAS dan ulamak. Pendekatan bersepadu ini bagi memastikan persoalan hukum dapat dijawab dengan betul sehingga pelaksanaan ibadah haji dan umrah dapat dilakukan dengan sempurna.

Journal Specification

The Journal of Awqaf, Zakat, and Hajj (Jawhar) is registered in MyJurnal, an online system by the Citation and Infometric Division, the Higher Education Department, MoHE. MyJurnal indexes Malaysian journals and provides bibliographic data and full-text articles across various disciplines, including Arts & Humanities, Engineering & Technology, Medical & Health Sciences, Sciences and Social Sciences.