Pengawasan dalam Wakalah Zakat: Kajian di Wilayah Persekutuan
(Supervision in Wakalah Zakat: A Study in the Federal Territory)
Author
Faizul Shaiffe
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia (USM)
Shahir Akram Hassan
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia (USM)
DOI :
Keywords : Wakalah zakat, supervision, locality
Wakalah zakat, pengawasan, lokaliti
Abstract : Zakat management in the Federal Territory has a dual system zakat management pattern. Zakat collection is managed by the Zakat Collection Center (PPZ-MAIWP) and distribution is managed by Baitulmal-MAIWP. Zakat distribution through Wakalah Zakat (WAZA) in the Federal Territory is a new branch in zakat distribution to asnaf. WAZA is the policy of returning zakat money from PPZ-MAIWP to entities (individuals, companies and employers) who pay zakat to PPZ-MAIWP and are given the option to be representatives to distribute zakat money to eligible asnaf. The WAZA concept is a smart partnership between zakat payers and PPZ-MAIWP in managing zakat distribution efficiently. This study selected PPZ-MAIWP which is the earliest zakat institution in the corporatization of zakat institutions in Malaysia. This study has two objectives. First to identify WAZA practices practiced and second to analyze WAZA surveillance practices in the Federal Territory. This study examines all the work and documents involved in WAZA. In conclusion, WAZA’s supervision is an important matter in ensuring that zakat funds can be preserved in the best possible way without leakage, and manipulation to ensure the sustainability of zakat distribution.
Pengurusan zakat Di Wilayah Persekutuan mempunyai corak pengurusan zakat secara dwi sistem. Kutipan zakat diuruskan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) dan agihan pula diuruskan oleh Baitulmal-MAIWP. Agihan zakat menerusi Wakalah Zakat (WAZA) di Wilayah Persekutuan merupakan cabang baharu dalam agihan zakat terhadap asnaf. WAZA merupakan dasar pengembalian wang zakat PPZ-MAIWP kepada entiti (individu, syarikat dan majikan) yang membayar zakat kepada PPZ-MAIWP diberi pilihan menjadi wakil untuk mengagihkan wang zakat kepada asnaf yang layak. Konsep WAZA merupakan merupakan perkongsian pintar antara pembayar zakat dan PPZ-MAIWP dalam menguruskan agihan zakat secara efesien. Kajian ini memilih PPZ-MAIWP yang merupakan institusi zakat pertama yang menggunakan permohonan dan pelaporan WAZA secara atas talian dan aplikasi. Oleh kerana pelaksanaan WAZA dilaksanakan oleh pembayar zakat, maka perlu pengawasan untuk mengelakkan penyelewengan dan salah agih terhadap dana zakat. Kajian ini mempunyai dua objektif. Pertama untuk mengenal pasti amalan WAZA yang diamalkan dan kedua untuk menganalisis amalan pengawasan WAZA di Wilayah Persekutuan. Kajian ini mengkaji segala gerak kerja serta dokumen yang terlibat dalam WAZA. Kesimpulannya, pengawasan WAZA merupakan perkara penting dalam memastikan dana zakat dapat dipelihara dengan sebaiknya tanpa berlaku ketirisan, kebocoran dan manipulasi untuk memastikan kelestarian agihan zakat.
Journal Specification
The Journal of Awqaf, Zakat, and Hajj (Jawhar) is registered in MyJurnal, an online system by the Citation and Infometric Division, the Higher Education Department, MoHE. MyJurnal indexes Malaysian journals and provides bibliographic data and full-text articles across various disciplines, including Arts & Humanities, Engineering & Technology, Medical & Health Sciences, Sciences and Social Sciences.