Journal of Awqaf, Zakat and Hajj (JAWHAR)
Kaedah Pendaftaran Tanah Wakaf di Terengganu : Amalan dahulu dan Sekarang
Method For Waqf Land Registration In Terengganu : Past and Present Practice

Author

Mohd Ridzuan bin Mohamad
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Ahmad Azrin bin Adnan
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Zurita binti Mohd Yusoff
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Nadhirah binti Nordin
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

DOI : 

Keywords : Waqf Land Registration, National Land Code 1965, Land Vesting and MAIDAM

Pendaftaran Tanah Wakaf, Kanun Tanah Negara 1965, Perletahakan Tanah dan MAIDAM

Published Date : 2023-12-13

Issue : Volume 1, No. 1 (2023)

Abstract : Although development and administration of waqf land in Malaysia are under State Islamic Religious Council, it is still bound to certain allocation in National Land Code 1965 (KTN). Due to this, there are several waqf ands which have been cancelled under KTN named KSB 469, KSB 648 and KSB 460 in Kampung Tanjung Kuala Terengganu. This cancellation causes the loss of title for the waqf lands and currently the lands are deemed government reserve land status. This article attempts to trail the history of waqf land registration in Terengganu since 18th century AD until current implementation. Data obtained were analysed through content analysis method. This article found that: First, method of waqf land registration Terengganu in 18th century was dictated through a jawi-written document and proclaimed by the Sultan at that time. Second, after British settlement in 19th century, waqf land registration was fully based on KTN and registered through ‘Number Settlement Statement’(KSB) record. Third, registration remains under KTN. However, documentations related to waqf pledge are managed by Terengganu State Religious Office and then transferred to Terengganu Islamic Religious and Malay Customs Council (MAIDAM) and full implementation is under Terengganu State Waqf Enactment 2016. Implication of this study is important to the Government so that it can handle waqf land registration issue by forming a new policy aligning with current legislation to apply in Terengganu

Walaupun pembangunan dan pentadbiran tanah wakaf di Malaysia terletak di bawah Majlis Agama Islam Negeri, ia masih terikat peruntukan tertentu dalam Kanun Tanah Negara 1965 (KTN). Atas sebab ini, terdapat beberapa tanah wakaf pernah dibatalkan di bawah KTN iaitu KSB 469, KSB 648 dan KSB 460 di Kampung Tanjung Kuala Terengganu. Kesan pembatalan ini menyebabkan geran atau suratan tanah wakaf tersebut telah hilang dan kini tanah tersebut berstatus tanah rezab kerajaan. Artikel ini cuba menelusuri sejarah pendaftaran tanah wakaf di Terengganu mulai abad ke-18 Masihi sehingga pelaksanaannya masa kini. Data yang diperoleh dianalisis secara kaedah analisis kandungan. Artikel ini mendapati, pertama kaedah pendaftaran tanah wakaf di Terengganu pada abad ke-18 dicatatkan melalui sebuah dokumen bertulisan jawi dan dizahirkan oleh Sultan pada ketika itu. Kedua, setelah kedatangan British pada abad ke-19, pendaftaran tanah wakaf secara sepenuhnya berdasarkan KTN dan didaftarkan melalui rekod ‘Kenyataan Satlement Bilangan’(KSB). Ketiga, pendaftaran masih kekal berdasarkan KTN. Namun begitu, dokumentasi berkait dengan ikrar wakaf diuruskan oleh Pejabat Agama Negeri Terengganu dan kemudiannya beralih kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan pelaksanaan sepenuhnya di bawah Enakmen Wakaf Negeri Terengganu 2016. Implikasi kajian ini penting kepada pihak Kerajaan agar dapat menanggani isu pendaftaran tanah wakaf dengan mewujudkan dasar baharu yang selaras perundangan semasa untuk diaplikasikan di Terengganu.

Journal Specification

The Journal of Awqaf, Zakat, and Hajj (Jawhar) is registered in MyJurnal, an online system by the Citation and Infometric Division, the Higher Education Department, MoHE. MyJurnal indexes Malaysian journals and provides bibliographic data and full-text articles across various disciplines, including Arts & Humanities, Engineering & Technology, Medical & Health Sciences, Sciences and Social Sciences.