Transformasi Wakaf Tunai Melalui Pendigitalan di Malaysia: Satu Tinjauan Awal
(The Transformation of Cash Waqf Through Digitalisation in Malaysia: A Preliminary)
Author
Mohamad Aniq Aiman Alias
Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia
Wan Abdul Fattah Wan Ismail
Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia
Ahman Syukran Baharuddin
Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia
Hasnizam Hashim
Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia
Tuan Muhammad Faris Hamzi Tuan Ibrahim
Fakulti Sains dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
DOI :
Keywords : Cash waqf, transformation, waqf digitalisation, socio-economic development, Malaysian Cash Waqf System (SWTM)
Wakaf tunai, transformasi, pendigitalan wakaf, pembangunan sosio-ekonomi, Sistem Wakaf Tunai Malaysia (SWTM)
Abstract : Waqf is one of the key institutions in Islam that plays a significant role in socio-economic development. Initially, waqf practice focused primarily on permanent immovable property such as land and buildings, which offer continuous benefits. Over time, however, cash waqf emerged as a more flexible and inclusive alternative. Cash waqf entails donating monetary assets that can be effectively utilized through strategic investment or management, making it highly relevant to current needs. The digital transformation of cash waqf has further expanded public access to this practice; nonetheless, several issues—such as limited public understanding, management challenges, and the need for Shariah-compliant investments—remain pressing obstacles. This article aims to elucidate the concept of cash waqf, evaluate its implementation through digitalization, and identify challenges and opportunities for strengthening this institution. A qualitative approach was adopted, relying on document analysis; subsequently, the data was organised into subthemes. Findings indicate that digitalizing cash waqf—illustrated by the Malaysian Cash Waqf System (SWTM)—has facilitated public participation and enhanced the transparency of waqf fund management. Additionally, integrating digital technology has enabled a more systematic and comprehensive distribution of waqf benefits. However, the success of this transformation depends on the collective efforts of all stakeholders, including the State Islamic Religious Councils (Majlis Agama Islam Negeri), Islamic financial institutions, and the public. As a recommendation, the administration of cash waqf must be reinforced through professional management, Sharia-compliant investments, and broad-based promotional activities to raise public awareness. Digitalization should continue as a principal mechanism for ensuring the effectiveness of cash waqf, thereby positioning it as a critical instrument in advancing Islamic socio-economic development in Malaysia.
Wakaf merupakan salah satu institusi penting dalam Islam yang berperanan besar dalam pembangunan sosio-ekonomi umat. Pada awalnya, amalan wakaf lebih tertumpu pada harta tidak alih seperti tanah dan bangunan, yang bersifat kekal dan memberikan manfaat berterusan. Namun, dengan perkembangan zaman, konsep wakaf tunai telah diperkenalkan sebagai alternatif yang lebih fleksibel dan inklusif. Wakaf tunai melibatkan pemberian wang yang boleh dimanfaatkan melalui pelaburan atau pengurusan yang strategik, menjadikannya relevan dengan keperluan semasa. Transformasi wakaf tunai melalui pendigitalan turut memperluaskan akses masyarakat terhadap amalan ini, tetapi beberapa isu, termasuk kekurangan kefahaman masyarakat, aspek pengurusan, dan cabaran pelaburan patuh syariah, terus menjadi halangan. Artikel ini bertujuan untuk memperjelaskan konsep wakaf tunai, menilai kaedah pelaksanaannya melalui pendigitalan, serta mengenal pasti cabaran dan peluang dalam memperkasakan institusi ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen. Data-data yang diperoleh kemudiannya akan dipersembahkan dalam bentuk subtema. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendigitalan wakaf tunai, seperti melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia (SWTM), telah memudahkan proses penyertaan masyarakat dan meningkatkan ketelusan pengurusan dana wakaf. Selain itu, integrasi teknologi digital memungkinkan manfaat wakaf diagihkan secara lebih sistematik dan menyeluruh. Namun, kejayaan transformasi ini bergantung kepada usaha kolektif semua pihak, termasuk Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), institusi kewangan Islam, dan masyarakat umum. Sebagai cadangan, pelaksanaan wakaf tunai perlu diperkuatkan melalui pengurusan yang profesional, pelaburan yang patuh syariah, dan promosi yang menyeluruh bagi meningkatkan kesedaran masyarakat. Pendigitalan harus diteruskan sebagai alat utama dalam memastikan keberkesanan wakaf tunai, sekali gus menjadikannya instrumen penting dalam pembangunan sosio-ekonomi Islam di Malaysia.
Journal Specification
The Journal of Awqaf, Zakat, and Hajj (Jawhar) is registered in MyJurnal, an online system by the Citation and Infometric Division, the Higher Education Department, MoHE. MyJurnal indexes Malaysian journals and provides bibliographic data and full-text articles across various disciplines, including Arts & Humanities, Engineering & Technology, Medical & Health Sciences, Sciences and Social Sciences.