Kesan Intervensi Bantuan Langsung Tunai Bersyarat Terhadap Isu Kemiskinan dan Pemuliharaan Alam Sekitar: Ulasan Skop
(Impact Of Conditional Cash Transfer Intervention On Poverty And Environment Conservation: A Scoping Review)
Author
Mohd Suffian Mohamed Esa
Universiti Kebangsaan Malaysia
Hairunnizam Wahid
Universiti Kebangsaan Malaysia
Salmy Edawati Yaacob
Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI :
Keywords : Conditional Cash Transfer, Poverty, Environment, Zakat Institution
Bantuan Langsung Tunai Bersyarat, Kemiskinan, Alam Sekitar, Institusi Zakat
Abstract : Poverty and pollution are two important worldwide issues that are inextricably linked. The goal of this research is to determine the impact of Conditional Cash Transfer (CCT) interventions on poverty and environmental conservation. The research employs scoping review analysis to ensure that the study’s objectives are met. Procedures include protocol review processes and study question design, as well as systematic search strategies using databases such as Web of Science, Scopus, and Google Scholar. The next process is data extraction and analysis. The study’s themes are divided into four categories: (1) reducing deforestation, (2) CCT & PES Program Synergy, (3) Changing Beneficiary Attitudes to the Environment, and (4) CCT Effects on Poverty and Environmental Conservation. The study provides a thorough evaluation of the development of CCT programs for poverty eradication and protecting the environment. Finally, this research will be valuable for policymakers especially zakat institutions in developing more comprehensive poverty eradication and environmental conservation policies.
Kemiskinan dan pencemaran merupakan dua isu global yang saling berkait rapat. Objektif kajian ini adalah bagi menentukan kesan campur tangan program Batuan Langsung Tunai Bersyarat terhadap kemiskinan dan pemuliharaan alam sekitar. Kajian ini menggunakan analisis ulasan skop bagi memastikan objektif yang telah ditetapkan akan tercapai. Metodologi kajian adalah termasuk proses semakan protokol dan reka bentuk soalan kajian, strategi pencarian sistematik menggunakan pangkalan data seperti Web of Science, Scopus dan Google Scholar. Proses seterusnya ialah pengekstrakan dan analisis data. Tema kajian dibahagikan kepada empat kategori: (1) Pengurangan penebangan hutan, (2) Sinergi Program CCT & PES, (3) Kesan perubahan sikap penerima bantuan terhadap pemeliharaan alam sekitar, dan (4) Pengaruh program CCT kepada hubungan kemiskinan dan alam sekitar. Kajian ini menyediakan penilaian menyeluruh terhadap pembangunan program CCT untuk pembasmian kemiskinan dan pemuliharan alam sekitar. Akhir sekali, penyelidikan ini akan memberi manfaat kepada penggubal dasar terutamanya institusi zakat dalam membangunkan dasar pembasmian kemiskinan dan pemuliharaan alam sekitar secara lebih menyeluruh.


Journal Specification

The Journal of Awqaf, Zakat, and Hajj (Jawhar) is registered in MyJurnal, an online system by the Citation and Infometric Division, the Higher Education Department, MoHE. MyJurnal indexes Malaysian journals and provides bibliographic data and full-text articles across various disciplines, including Arts & Humanities, Engineering & Technology, Medical & Health Sciences, Sciences and Social Sciences.
